Subscribe:

Followers

Wednesday, 4 May 2011

Peh... Harga minyak naik lagi...

Berita ni aku ambik dari Malaysiakini



Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.
RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.
Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.
RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.

Ron 95 tak naik pun.. Sape pakai RON 97 ni cepat2 la gi isi.. 

LIVE LIKE A MILLIONAIRE



Saturday, 23 April 2011

Citer pasal stokin...

Cite nih cite pasal 2-3 hari lepas... Time aku tengah wat2 keje, tibe2 lain macam plak rasanyer kaki aku dalam kasut ni.. Rase macam ade lubang je kat stokin ni.. Padahal aku baru je pakai 6 kali.. Baru basuh 2 kali.. Apsal bleh berlubang plak ni. Aku dah naik menyirap, dah la tengah bulan, boleh plak die buat hal.. Aku tau takde la aku beli mahal sangat stokin ni, 3 pasang RM5 je... Tapi agak2 la nak berlubang pun tunggu 15-30 hari lagi ke.. Aku betul2 tak paham la kenape nak berlubang padahal baru pakai 6 hari.. Ke aku kene beli stokin yang 3 pasang RM50 ringgit.. Konfem ke tak koyak sampai mati.. Haahahaha..


gile ke ape.. hahahaha

Wednesday, 23 March 2011

Video Memusnahkan Lamborghini

Seorang ahli perniagaan China yang berang dengan layanan yang kurang memuaskan hati oleh pusat servis Lamborghini ekoran gagal membaiki kerosakan telah mengupah beberapa orang untuk memecahkan keretanya. 


Difahamkan, pemilik kereta bernilai Usd500 ribu ini sangat kecewa & dia ingin menunjukkan kemarahannya dengan cara yang paling ekstrem, dan bergaya. Kereta tersebut pada mulanya dihantarkan kepada pengedar sekitar bulan November kerana enjin kereta gagal berfungsi. Namun, pihak bengkel gagal membaiki kerosakan tersebut, dan entah macam mana mereka turut merosakkan bumper & chasis kereta berkenaan.


Selepas bertelagah dengan beberapa pengedar serta pemilik Lamborghini yang lain, pemilik kereta ini berkata bahawa satu-satunya cara untuk membela hak pengguna ialah dengan memecahkan keretanya – pada World Consumer Rights Day.


Kredit : Dailymail

Videonye pun ade kat bawah ni :


p/s : tak nak bagi aku la...


10 Kereta Konsep Yang Menakjubkan

Kat bawah ni 10 model kereta konsep yang kemungkinannya akan dikeluarkan pada masa akan datang.. Kalau dapat sebijik pun jadi la...

LAMBORGHINI ESTOQUE


FERRARI 612 GTO


FUTURE FERRARI


THE KOJAG

HAWK

AUDI RSQ

LAMBORGHINI ANKONIAN

LAMBORGHINI MADURA

CONCEPT CAR

AUDI SHARK



p/s : kalau keje hari-hari kumpul duit dapat beli tak???


Monday, 21 March 2011

Lawak Selipar Buruk

Lawak pasal selipar buruk... hahaha (klik gambar untuk besarkan imej)

iPhone4

Sunday, 20 March 2011

Apsal FB lembab???

Sejak seminggu dua ni Facebook lembab nak mampus.. Knape?? sape tau?? Aku tension sebab tangah aku main poker tibe2 die reconnect balik dan menyebabkan aku kerugian berpuluh-puluh ribu chip poker.. (bunyi macam rugi sangat, mcm duit betul la pulak)....


KLIK SINI untuk freebies Digi...

p/s : main game takpe, jangan berjudi...

MYVI Club untuk disertai..

Kali ni aku nak promote satu kelab Myvi yang aku join.. MYCC ( Malaysia Myvi Cutom Club ).. Club nih baru ditubuhkan pada 2010 dan kini bergerak aktif untuk mencari member2 baru dan banyak gak event2 yang telah dilakukan oleh club ni.. 
Nak join Club nih senang je, bleh layari blog diorang di KLIK SINI dan di Facebook diorang KLIK SINI 
Yuran Club nih takde la terlalu mahal macam Club lain, cume RM20 dan sticker dalam RM40.. Bagi korang yang ade kat bahagian Johor ni bleh gak kontek terus kat email aku kalau berminat nak join.. ok.


p/s : Tujuan aku hanyalah nak promote club membe aku ni..


KLIK SINI dan daftar untuk dapat duit ngan Churp churp..
KLIK SINI untuk berpeluang mendapatkan iPhone 4..